Konvesyen Senjata Kimia
Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar Negeri sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang kawal selia oleh Kementerian Luar Negeri. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menengani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia. Jabatan memainkan peranan yang penting dalam membantu PBK KSK menguatkuasakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Peraturan-Peraturan Konvensyen Senjata Kimia 2007. Jabatan telah diberi tanggungjawab dalam menyediakan prosedur pemeriksaan kebangsaan bagi senjata kimia oleh Inspektor Kebangsaan.