doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • Gantung lesen kontraktor cuai. - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2016
  • Gantung lesen kontraktor cuai. - Utusan Online

Gantung lesen kontraktor cuai. - Utusan Online

Utusan Online, 17 Oktober 2016

 

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Syarikat kontraktor pe­nye­nggaraan lif berdepan de­ngan tindakan pembatalan dan penggantungan lesen sekiranya terbukti gagal menjalankan aspek penyenggaraan de­ngan baik.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, langkah ini bagi memberi pengajaran kepada kontraktor cuai sehingga mengancam keselamatan penghuni.

Menurutnya, setakat ini le-sen dua syarikat telah digantung kerana didapati mengabaikan aspek keselamatan.

“Pemaju perumahan bertingkat juga per­lu memastikan lif yang beroperasi ber­daftar dengan JKKP dan diperiksa setiap 15 bulan bagi memperbaharui Sijil Perakuan kelayak­an mengguna (CF) kemudahan tersebut.

“Sehingga September 2016, ter­dapat 36 aduan melibatkan lif di sekitar Kuala Lumpur telah disiasat JKKP.

“Daripada jumlah tersebut, 80 peratus daripadanya melibatkan aduan kerosakan dan terperangkap di dalam lif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas me­ras­mikan Seminar pe­ng­u­rusan keselamatan dan penyelenggaraan lif di komuniti strata 2016 di sini.

Tambah Mohtar, pe­­ngguna juga perlu me­nggunakan lif secara berhemah serta tidak melakukan vandalis­me dan segera melaporkan kepada pihak pengurusan jika terdapat sebarang kerosakan.

“Boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan lif, justeru kesedaran tentang aspek keselamatan wajar dipupuk dan tidak diambil mudah agar kemalangan dapat dielakkan,” katanya.

 

Cetak Emel