doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Skim Pemeriksaan Khas jentera elak industri rugi
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Skim Pemeriksaan Khas jentera elak industri rugi

Skim Pemeriksaan Khas jentera elak industri rugi

The Borneo Post Online, 23 May 2014

KUANTAN: Pelaksanaan skim baharu Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaaan Khas)(Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014, mampu mengelakkan sektor industri menanggung kerugian antara RM5 hingga RM6 bilion setahun.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Muttalib berkata, pihaknya menerima maklum balas mengatakan setiap kali pemeriksaan jentera dilakukan 15 bulan sekali melalui Akta Kilang dan Jentera 1967, pihak industri terpaksa menutup operasi beberapa hari malah ada sehingga dua minggu menyebabkan mereka kerugian.

Pemain-pemain industri yang terjejas terutamanya mereka daripada sektor  berimpak tinggi dan berskala besar seperti sektor penjanaan elektrik danpetrokimia yang terpaksa menanggung kerugian hampir jutaan ringgit bagi setiap hari operasi mereka ditutup, katanya.

“Sehubungan itu dengan pelaksanaan Skim Pemeriksaan Khas ini atau singkatannya SSI, pihak industri sendiri menentukan intergriti sesuatu jentera sama ada selamat atau ‘fit for service’ untuk dijalankan.

Pemeriksaan statutori oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) hanya dibuat setelah industri mengenal pasti dan mengkelaskan risiko, mengira jangka hayat jentera dan seterusnya menyediakan pelan pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran skim berkenaan di sini semalam yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JKKP Datuk Ir Dr Johari Basri.

Bagaimanapun, beliau berkata peraturan ini adalah pilihan kepada peraturan yang sedia ada dan pihak industri masih boleh memilih sama ada untuk  melaksanakan peraturan yang sedia ada dalam memastikan jentera mereka mempunyai Sijil Kelayakan.

“Menerusi peraturan baru ini prinsip pemeriksaan ditukar dari berasaskan masa kepada berasaskan risiko dan di samping itu, pihak industri sendiri yang menentukan keselamatan dan keboleh gunaan jentera semasa mengoperasinya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, tidak semua sektor industri yang layak untuk melaksana skim baru itu dan setakat ini pihaknya hanya mengenal pasti antara 80 hingga 100 syarikat yang mempunyai rekod yang baik sebelum ini layak melaksanakan skim baharu ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan peserta industri yang terlibat dalam melaksanakan SSI yang akan dikuatkuasakan 1 Jun ini ini supaya tidak leka kerana JKKP masih boleh melakukan pemeriksaan secara mengejut sekiranya terdapat aduan.

“Kita akan ambil tindakan tegas termasuk menghentikan operasi dan mendakwa mereka yang terlibat ke mahkamah jika berlaku kecuaian sehingga mendedahkan pekerja kepada risiko keselamatan,” katanya. — Bernama

 

Cetak Emel